My Blog List

Wednesday, February 24, 2010

gara gara besday asraf

semalam ingat g manjaku saje nak usha usha present utk besday asraf,tp at last....dpt kat ammar dhani.huhuhu....mama beli baju utk ammar 7 pasang...ni sume sebab mama putri la nih,tema baby in red,mama pun g la cari bju red color utk anak mama,actually dah de,tp utk wat spare...3 kedai mama pegi,at last dpt gak kat butik my little baby,rege rm17,singlet shja...2 yg abah bsg.pastu mama beli rompers color biru,siap de ekor elephant lagi kat blkg bju..hehehe...bila ammar pkai mesti tersangat lah cute ka???mama beli cap 2...mama beli kasut red color...n puting lagi 1,coz puting ammar asik tertinggal je...nanti mlm2 ammar cari puting xde...n benda yg plg mahal adalah toys ammar,rm49.90,lamaze cube...but it is very beneficial.....n cantik,cute...hehehe....soei abah...ni sume utk anak abah gak kan??? ;) mlm ni kite main ye syg...las nite xsempat,mama g class...tungguuuu..........

asset allocation secrets

yesterday nite aku g course @ damansara perdana tentang topic asset.very usefull....baru tau camane the manner way nak manage our asset...thanx to dennis our branch manager for dat 2 hours talk.but las nite aku bawa my baby,ammar dhani,dia dok dalam keta n abah...main ball coz semalam lik keje sempat g manja ku,beli new toys utk anak ku tersayang...beli ball n lamaze cube.hehe...abah bebel kat mama coz beli toys mahal2,tapi xpe la kan???utk anak mama jg...

Monday, February 22, 2010

aksi dhani sewaktu tido

mari lah saksikan aksi-aksi ammar waktu tido.hehehe....time nih ammar nak tido atas riba abah...
hisap puting sebelum lena....

panas nye....bia ketiak kena angin.hahaha.....

besh nye tido atas riba abah...cam tilam dunlop...hemmmmmmmmmm........


tomey tomey anak mama n abah nih....tido nyenyak nyenyak ye.....gud nite...zzzzzz...........

Sunday, February 21, 2010

boring la...byk keje.last saturday g CUTE CLAS kat sultan sulaiman,kena denda da....coz group kitorang xdpt jwb so,malu...sume tgk.huhu...walaupun g sorang,tetap enjoy...tp xpe...semangat.hehe...azam taun baru.hjg taun nak beli keta baru,nak pindah umah teres,sian kat ammar,umah tinggi2,xdpt main kat lua...hopefully i can fulfil all my dream...4 ammar,i will do anything,mama love u syg... :)

Wednesday, February 17, 2010

Info mengenai Eczema
Salam,
Ini ada maklumat mengenai eczema yang saya perolehi daripada
UmmiSalsabila’s blog. Terima kasih UmmiSalsabila. Very good info!
EKZEMA merupakan salah satu bentuk keradangan kulit yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Begitupun, peratusan risiko kanak-kanak menghidapi penyakit itu berbeza-beza mengikut genetik.
Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir Ms Kadir berkata, risiko bayi atau kanak-kanak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanya juga menghidap ekzema.
Di Malaysia, bilangan pesakit ekzema di kalangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pakar mendapati bahawa sebahagian daripada puncanya adalah pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.
“Banyak juga kes di mana bayi di negara ini mengalami alahan kepada susu lembu. Bayi-bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusukan badan minum bahan daripada susu lembu.- so, BF mom pun kena pantang from allergic foods ni – Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera sebelum ia lebih memudaratkan bayi,” jelasnya.

Dr. Syed berkata, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua masalah kulit ini adalah berbeza.
Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.-

“Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.“Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi,” jelas beliau lagi.
Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit bayi dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.
“Adalah disarankan kepada ibu bapa yang bayinya menghidap ekzema untuk menggunakan sabun khas sewaktu memandikan bayi mereka. Sabun ini boleh dibeli di klinik atau farmasi atas nasihat doktor.
“Selepas mandi, bayi yang mengalami ekzema perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas,” katanya.
Selain itu, kata Dr. Syed Nazir, adalah penting untuk diberitahu kepada semua ibu bapa bahawa penyakit ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.
“Akan tetapi apabila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.“Sebagai ibu bapa, selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman,” jelas beliau.
Rawatan asas
Mengenai rawatan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.Manakala, rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.
“Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.“Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.“Ibu bapa perlu prihatin dan mematuhi arahan pemakaian ubat yang telah diberikan oleh doktor,” jelas Dr. Syed lagi.Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila bayi membesar, Dr. Syed berkata, ia bergantung kepada individu.Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua,” katanya.
Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:Bawa anak berjumpa doktorPastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

hepi chinese new year...

bestnye cuti lame...hihihi...at last on wed pun i cuti gak,coz very tired n nak kemas umah...sian kat ammar dhani,dia kena ekzema....sowi ye syg mama...mama n abah x bersihkan umah betul2 kan...mls mama n abah ni.hehehe....finally yesterday berjaya gak i clean n tidy up our house...lega rase dah bersih.hari g keje,tp buhsan ckit coz ramai yg cuti lg...tu yg rajin early in the morning dah update blog,walau pun xde sape yg bace,tp xksh la....hehe...hari kua umah lmbat,smlm letih kemas umah,sib jln x jem,15minit je dah sampai,speed sampai 120km,dah la de police traffic...huhu....but who care...dorg act lagi laju bw keta tau???yeke???hehehe....

Friday, February 12, 2010

budak baru blaja...

slm...1st of all,sye nak wish thank u kat member sye,eza coz dia yg kenalkan blog kat sye...b4 this tau,tp wat tatau jer,mls...hehe...tp bile dah wat blog,best lak coz mcm2 ble wat.n to my hubby...dia pun tlg gak.huhu...nanti pasni ble la tlg lg utk update blog ni yea...da....THANK YOU....

Wednesday, February 10, 2010

tension tension tension....

slm...sye nak lepas geram regarding yesterday punya hal,geram sgt2...xtau sape slh,tapi polis2 ni mmg xpatut,ade ke dorang g pancitkan tyr keta sye...patut polis jg keselamatan awam,tapi dorg lak yg wat jht kat org awam,mmg btl org kate polis skang xble pakai n xble percaye...tp bkn sume,sesetengah tuh baik,nih yg jht tahap gaban...perangai msg2 x bertamadun,pengecut lak 2...klu xpuas hati,jumpa la face 2 face,ni x,pancitkan,pastu wat tatau jer...saye bkn seorang yg pendendam,tp sye sumpah,sampai mati pun sye xkan maafkan sape yg buat tuh...sampai la org tu sendiri dtg minta maaf kat sye...